Setiap orang di dunia ini tidak kira
tua atau muda, pasti mempunyai seseorang yang dia kagumi. Begitulah juga saya.
Saya mempunyai seorang lelaki yang paling saya kagumi iaitu Nabi Muhammad SAW.
Nabi muhammad adalah seorang yang
sangat mulia. Beliau adalah seorang yang sangat baik, seorang yang sangat
penyayang dan juga mempunyai kesabaran yang sangat tinggi. Ada sebuah kisah
yang menceritakan tentang kasih dan sayangnya nabi kepada umatnya.
Pada suatu hari, nabi menerima wahyu
daripada Allah untuk menyebarkan dakwah di negeri Thoif. Namun sesampainya nabi
di sana, nabi disambut dengan sangat teruk. Beliau dibaling dengan batu
sehingga darah nabi mengalir ke buku lali baginda. Lalu, datanglah malaikat
jibril untuk meminta izin baginda untuk menghancurkan negeri Thoif. Namun
baginda tidak membenarkan malaikat jibril menhancurkan negeri itu bahkan nabi mendoakan
kebaikan kepada penduduk negeri Thoif. Berkat doa dan kasih sayang nabi,
negeri Thoif telah menjadi negeri yang
mempunyai penduduk islam paling ramai pada zaman itu.
Di sini kita dapat lihat betapa besarnya
kasih sayang baginda Nabi Muhammad terhadap umatnya. Walaupun beliau dihina dan
disakiti, beliau tetap bersabar dan meneruskan perintah Allah untuk berdakwah.
Saya berharap agar saya dapat mencontohi sifat-sifat beliau.
No comments:
Post a Comment